Mempunyai badan langsing merupakan idaman setiap orang tetapi ramai yang tak tahu di mana mahu bermula. Kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.

Movitasi juga sangat penting untuk mencapai berat badan impian. Tanya diri anda sebab apa anda ingin kuruskan badan. Dengan motivasi tersebut, anda lebih bersemangat untuk melaksanakan sesuatu misi.

BACA: Pisang Goreng Pun Bedal, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 12 Kg

Seperti gadis bernama Anne Asyikin ini, motivasinya adalah dia selalu membayangkan dirinya memakai kasut but idaman. Demi mencapai impiannya itu dia berusaha untuk mengecilkan saiz pahanya. Dalam masa sebulan, Anne berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg.

Dari 80kg ke 70kg, tak makan nasi sebulan

Menurut gadis ini, dia tidak menyentuh nasi selama sebulan dan elakkan minum air manis. Anne memberitahu dia banyak makan makanan ‘hijau’ serta minum banyak air kosong.

Muat turun aplikasi senaman dan kira kalori

Anne turut berkongsikan aplikasi yang digunakan olehnya untuk mengira kalori dan senaman. Ujarnya lagi, setiap pagi dia melakukan senama yoga dan setiap malam dia akan lari sejauh 5km.

Gadis itu turut memberitahu sebelum melakukan sebarang diet, cari sesuatu yang boleh memberikan motivasi untuk kurus dan anda akan bekerja keras untuk melaksanakannya.

Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥