Seorang remaja lelaki dari Kuantan, Pahang, menghilangkan diri sebaik gagal melepasi ujian memandu di Akademi Memandu Kuantan yang terletak di Batu 6 sebelum ditemui menggantung diri di sebuah kebun buah, enam hari kemudian.

BACA: Pelajar Malaysia Berat Badan Terlebih

Lelaki berusia 21 tahun itu gagal dikesan sejak 17 November lalu.

Ditemui tergantung di dahan pokok mangga, mayat mangsa ditemui orang awam, Khamis lalu, sebelum pihak berkuasa menghantar mayat untuk menjalani bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya Polis Kuantan, Abdul Aziz Salleh, mangsa telah meninggalkan rumah seawal jam 8 pagi bagi menjalani ujian memandu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?