Baru-baru ini tular gambar perkahwinan pasangan pengantin yang terpaksa melakukan sesi bergambar dalam air kerana kawasan perumahan mereka sedang dilanda banjir.

Apa yang pasti, ramai yang memuji kreativiti jurugambar yang mengambil gambar berkenaan dengan cantik sekali. Difahamkan, perkahwinan itu diadakan di sempadan Malaysia-Thailand hujung minggu lalu.

BACA: Selangor Hadiahkan RM600 Buat Pasangan Baru Kahwin

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila ada netizen merungkaikan status sebenar pengantin lelaki itu yang dikatakan sudah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sebelum berkahwin bersama isteri barunya itu.

Difahamkan, isteri pertamanya, Fateemah Syedstopa bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Narathiwat.

Susulan penularan tersebut, Syed Busri mengeluarkan kenyataan di laman Facebook bagi menjernihkan keadaan. Menurutnya, isterinya sudah pun membenarkan dia untuk berkahwin lain.

Jelasnya lagi, isteri pertamanya juga turut datang pada hari pernikahannya dengan isteri kedua dan dia tidak akan berkahwin secara rahsia atau sembunyi.

Dalam pada itu, isteri pertamanya turut mengeluarkan kenyataan meminta supaya netizen berhenti membuat spekulasi tidak benar demi meruah keluarganya.

Apa pun kedua-dua pihak sudah memberikan penjelasan sepatutnya tentang apa yang berlaku dan diharap keluarga ini kekal bahagia.