Seperti diketahui isu halal melibatkan minuman bubble tea bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan oleh orang ramai. Namun, rupanya masih banyak kedai minuman bubble tea yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Perkara itu turut diakui oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali dimana kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu tidak mempunyai logo halal.

BACA: Bubble Tea ‘Sihat’ Akan Diperkenal Di Malaysia Tahun Depan

Jelasnya lagi, kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan ada premis menggunakan pekerja wanita Islam bertudung bagi mengelirukan pengguna terutamanya yang beragama Islam.

“Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis bersih, malah ada menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli.

“Apabila minuman ‘bubble tea’ itu tular, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman berkenaan.

“Mereka tidak selidik terlebih dahulu sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, setakat ini hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menunjukkan keprihatinan untuk berjumpa pemilik dan pengusaha premis menjual minuman itu berhubung hal berkenaan.

Seperti diketahui, Subang Jaya merupakan lokasi dimana terdapat banyak premis menjual minuman bubble tea.

Menurut Bahagian Pengurusan Halal JAIS, sekatat ini antara minuman bubble tea yang mempunyai sijil halal adalah Tealive, CoolBlog dan Chatime sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang