Harga petrol RON95 naik 6 sen kepada RM1.98 seliter bagi tempoh seminggu berkuatkuasa 12 tengah malam ini, 19 Januari sehingga 25 Januari.

Sementara RON97 turut naik 6 sen kepada RM2.28 seliter manakala diesel naik 12 sen kepada RM2.17 seliter.

BACA: Mulai 2019, Stesen Minyak Tidak Lagi Beroperasi 24 Jam

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.

“Petroleum yang diproses naik kepada AS$63 setong berbanding AS$60 setong bagi RON95 dan AS$72 setong bagi diesel,” kata kementerian itu.

Harga minyak di pam ditetapkan secara mingguan berdasarkan formula Mekanisma Harga Automatik (APM).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱