Umum mengetahui beberapa bulan lalu kecoh mengenai PLUS bakal dijual kepada beberapa syarikat dalam dan luar negara. Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai harga tol sama ada akan berlaku kenaikan atau penurunan.

Segala kemelut terjawab apabilakKerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan hasrat menjual konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan akan terus bersama dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

BACA: Pengguna Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Hujung Tahun Ini

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selepas diputuskan pada mesyuarat kabinet semalam.

Berita baik turut diumumkan oleh Tun Mahathir iaitu syarikat konsesi itu juga akan menurunkan kadar tol sebanyak 18 peratus ke atas kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) akan bermula 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari berkata, keputusan kerajaan mengekalkan pegangan Khazanah Nasional Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam PLUS membolehkan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi selama 38 tahun tamat (2020-2058).

Pelanjutan tempoh konsesi selama 20 tahun bermula 2038 pula adalah untuk memastikan PLUS mampu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi lebuh raya tanpa bergantung kepada kerajaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱