Hari ini merupakan hari tangisan buat seluruh rakyat Malaysia di atas pemergiaan anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu.

Bagaimanapun, seorang wanita memberi komen biadap ke atas kematian anggota bomba itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. Komen wanita tersebut yang membabitkan sensitiviti agama menjadi perhatian ramai dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

BACA: Netizen Mahu Keadilan Buat Adib, Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan

Seorang pengguna Facebook ini, Chee Kong Tjhin turut menyelar kenyataan wanita tersebut yang dianggap sangat memalukan, serta mengatakan bahawa kita tidak memerlukan orang seperti ini untuk menjadi rakyat Malaysia.

Lelaki itu turut meluahkan rasa marah di atas tindakan wanita itu yang mengutuk kepercayaan orang lain serta tidak menghormati keluarga arwah Adib.

Kita tidak memerlukan orang bodoh yang tidak bertanggungjawab ini untuk menjadi rakyat Malaysia! Sejak bila kita orang cina di Malaysia begini?  Siapa kamu untuk mengecam kepercayaan orang lain? Seluruh negara sedang bersedih di atas kematian Adib, tidak bolehkah anda hormat dengan ahli keluarga Adib?

Sebagai seorang lelaki berbangsa Cina, tindakan anda membuat saya sangat malu di hadapan rakan-rakan kaum saya yang lain. Kamu bermain api dan api boleh membakar kamu menjadi abu jika kita tidak mengawalnya.

Dalam pada itu, memetik laporan Astro Awani, wanita tersebut yang merupakan kakitangan Honda Sri Utama telah digantung perkhidmatannya bagi membolehkan pengurusan syarikat menjalankan siasatan dalaman.

Syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn. Bhd. juga turut tampil membuat permohonan maaf kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di atas komen tidak sensitif yang ditinggalkan oleh kakitangannya itu.