Kalau pergi ke gedung perabut IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular atau pun chicken wing mereka yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.

Boleh dikatakan apa saja makanan atau minuman unik di pasaran sekarang pasti akan menjadi fenomena. Kalau sebelum ini trending dengan aiskrim perisa teh ais, durian, matcha dan salted egg.

BACA: IKEA Tawar Promosi 10 Biji Meatball RM3 Sahaja!

Nampaknya, IKEA juga tidak mahu ketinggalan dengan trend tersebut apabila baru saja memperkenalkan ‘Salted Egg Chicken Wing’. Memang sedap sangat kepak ayam dilimpahi dengan sos salted egg.

Tapi perlu diingatkan promosi tersebut ditawarkan dalam masa terhad bermula Isnin lalu, 21 Oktober sehingga 21 Disember 2019. Harga ditawarkan hanya RM17.90 sahaja.

Dalam pada itu, bersempena dengan perayaan Deepavali, IKEA juga memperkenalkan dua menu baru iaitu Tandoori Chicken Rice RM12.90 dan Yam Cake RM6.90. Untuk dua menu ini hanya ditawarkan sehingga 28 Oktober ini sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥