Dalam kita masih lagi terbayang dengan pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 yang meriah malam tadi, timbul satu isu yang ‘panas’ apabila seorang menteri Indonesia menegur bendera negara mereka yang tersilap cetak dalam buku cenderamata pembukaan Sukan SEA semalam.

BACA: Dulu Jual Nasi Lemak, Kini Juara Dunia!

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi memuatnaik dua keping gambar di akaun rasmi Twitter miliknya yang menunjukkan bendera negara Indonesia dicetak secara terbalik dan ia menimbulkan kemarahan rakyat negara tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) yang juga Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin membalas tweet tersebut dengan meminta maaf bagi pihak Malaysia.

Sumber dari twitter.com

Selain itu, pihak Masoc turut meminta maaf mengenai kesilapan mereka dalam mencetak gambar bendera negara jiran itu dalam buku pembukaan Sukan SEA itu.

Sumber dari utusan.com.my

“Masoc dan Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Imam Nahrawi pada hari esok (Ahad) untuk sekali lagi memohon maaf,” ujar pihaknya lagi.

“Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat di antara dua negara ini akan lebih diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” sambungnya lagi, lapor mStar.

Sebelum ini, isu lebih kurang sama dikatakan pernah terjadi pada Sukan SEA tahun 2011 bertempat di Indonesia di mana bendera negara kita iaitu Jalur Gemilang kekurangan satu jalur di bahagian bawah menjadikan ia 13 jalur sahaja ketika Malaysia menang pingat emas dalam salah satu acara bertempat di kolam renang.

Sumber dari brassgirlz.blogspot.my

Ramai yang menyedarinya ketika bendera dinaikkan serta nyanyian lagu Negaraku berkumandang selepas acara menerima pingat. Selepas itu, pihak tuan rumah segera menukar bendera setelah menyedari kesilapan terhadap bendera Malaysia.

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan rakyat kedua-dua buah negara turut sama berdamai kerana tiada gunanya jika kita sering bertelagah sedangkan negara kita berjiran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”