Di luar negara, pemakaian purdah menjadi satu isu besar kerana mereka dianggap sebagai pengganas. Walaupun pemakaian purdah tidak memberi apa-apa ancaman kepada orang awam, namun golongan yang bersikap prejudis terhadap agama Islam akan berasa terancam atau mudah dipanggil sebagai Islamophobia.

BACA: Baru Beroperasi, Dinding MRT Diconteng & Dicalar

Gambar sekadar hiasan

Di Oslo, Norway, seorang pengguna internet telah memuatnaik sebuah gambar kerusi bas awam yang kelihatan seperti beberapa wanita berpakaian purdah menaiki bas.

Setelah gambar itu tersebar, kebanyakan komen yang diterima pada awalnya bersifat negatif terhadap sekumpulan ‘wanita berpurdah’ tersebut, lapor The Guardian.

Gambar sekadar hiasan

Satu kumpulan anti-imigran di laman sosial Facebook dikecam kerana tindakan mereka yang mengutuk gambar itu berbaur sifat perkauman.

“Purdah sepatutnya diharamkan. Mungkin yang memakainya adalah pengganas kerana kita tidak nampak mukanya,” ujar seorang pengguna internet tanpa melihat gambar itu dengan lebih teliti.

Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya, gambar tersebut sengaja dinaikkan oleh seorang pengguna internet kerana dia ingin melihat sejauh mana golongan anti-imigran itu menyerang gambar tersebut hanya kerana kerusi itu berbentuk seperti wanita berpakaian purdah.

“Saya berminat untuk melihat persepsi orang ramai mengenai foto tersebut yang jelas dipengaruhi reaksi pelayar lain yang rasis. Saya hanya mampu tertawa,” kata Johan Slattavik.

Malah, isu mengenai gambar tersebut ternyata meraih perhatian seorang ahli Parlimen Norway, Sindre Beyer yang terkejut melihat reaksi daripada orang awam.

“Saya terkejut terhadap kebencian yang diluahkan,” kata Sindre kepada sebuah stesen televisyen tempatan Norway, Nettavisen.

Selain itu, Pengerusi kumpulan Anti-rasis Norway, Rune Berglund Steen turut mengutuk tindakan pengguna internet yang menaikkan isu perkauman berkenaan gambar tersebut.

Mereka mahu melihat orang Islam ini sebagai individu berbahaya, itu yang mereka mahu,” ujarnya sambil mengakhiri perbualan.

Isu perkauman memang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Diharap pihak berkuasa dapat membendung kumpulan seperti ini sebelum mereka bertindak mencederakan orang awam yang tidak bersalah hanya kerana gaya pemakaian mereka berbeza dari orang lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!