Pengedar ketum kini mempunyai pelbagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa termasuklah memproses daun ketum sehingga menjadi serbuk halus seperti inai. Sekali pandang ia saling tidak tumpah seperti serbuk daun inai jika dipandang.

BACA: Kantoi 30 Tahun Saji Daging Anjing

Sumber dari sinarharian.com.my

Memproses daun ketum untuk dijadikan serbuk merupakan cara terbaru pengedar dadah untuk melepaskan diri daripada diperiksa oleh pihak polis.

Serbuan ke atas sebuah rumah di Changlun, Kedah oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu mendapati rumah tersebut dijadikan tempat untuk memproses daun ketum.

Sumber dari sinarharian.com.my

Ketua Pegawai AADK Kubang Pasu, Mohd Zaki Ablah berkata, pihak AADK yang diketuai olehnya telah berjaya merampas sebanyak 58 kilogram serbuk ketum yang siap diproses.

“Kita percaya daun ketum berkenaan diproses menjadi serbuk untuk memudahkan ia dieksport selain cubaan mengaburi mata pihak berkuasa. Pihak AADK bagaimanapun telah menyerahkan semua serbuk ketum berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Selain itu, mereka juga berjaya menahan 16 orang penagih dadah dalam Operasi Cegah yang bermula sejak 8 pagi hingga 6 petang pada hari yang sama.

“Operasi ini dijalankan di semua kawasan yang berisiko tinggi dan kawasan tumpuan program perangi dadah habis-habisan peringkat daerah,” katanya sambil mengakhiri perbualan.

Semoga operasi ini dapat dilakukan secara menyeluruh di seluruh negara bagi membanteras gejala dadah yang semakin menular dalam kalangan orang muda kerana ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah yang banyak berpunca daripada pengambilan dadah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu