Mi segera memang tak asing lagi dalam diet pemakanan kita. Setiap lapisan masyarakat mesti pernah makan mi segera. Satu juadah ringkas yang mampu mengenyangkan kita di saat memerlukan. Tapi tahukah anda Malaysia menduduki tangga ke-13 dunia sebagai “Negara top-15 paling banyak makan mi segera”

Sedikit sejarah tentang mi segera

Mi segera sudah dimakan sejak zaman Dinasti Qing di China. Mi Yimian digoreng bagi membolehkan ia disimpan dalam tempoh yang lama dan dapat disediakan dengan segera.

Mi segera moden yang kita makan hari ini telah dicipta oleh seorang usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Ando pengasas bagi syarikat Nissin Food. Pada tahun 1958 Nissin Food telah melancarkan mi segera pertama di dunia iaitu Chiken Ramen. Kemudian pada tahun 1971 Nissin Food telah memperkenalkan mi cawan, mi segera yang boleh disediakan dalam bekas styrofom kalis air.

Mi segera makanan paling digemari penduduk dunia?

Menurut kajian World Instan Noodle Association atau WINA hampir 97.5  bilion hidangan mi segera dimakan oleh penduduk dunia pada 2016. Dengan 270 juta hidangan setiap hari menjadikan mi segera sebagai “global food” makanan paling digemari di dunia.

Negara China mencatatkan bilangan hidangan tertinggi iaitu 38.5 juta hidangan mi segera dimakan oleh penduduknya setahun. Mi segera berperisa sup danging adalah yang paling popular di China dan mi segera magkuk besar atau “tub noodle” mendapat permintaan tertinggi.

Indonesia merupakan negara kedua iatu sebanyak 13 juta hidangan mi segera dimakan oleh penduduknya. Mi segera dengan gaya mi goreng menjadi pilihan utama bagi penduduk Indonesia. Kebanyakan keluaran mi segera ini adalah Halal.

Rakyat Malaysia paling suka perasa kari dan tomyam

Malaysia pula menduduki tangga ke-13 dengan 1.39 juta hidangan dimakan setahun. Perasa kari dan tomyam adalah pilihan utama bagi penduduk Malaysia selain dihidangan dengan cara menggoreng. Jenama yang terkenal adalah Maggi yang sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak sekian lama. Rakyat Malaysia juga suka mencipta resepi baru, dan pada bulan puasa anda boleh jumpa murtabak megi di bazar Ramadhan untuk sajian berbuka.

Mi segera masih dianggap makanan merapu

Walapun mi segera masih di anggap makanan ‘merapu’ tetapi ia tetap menjadi pilihan di kalangan masyarakat kita terutama golongan pelajar di institusi pengajian. Hingga kini pelbagai kontroversi yang di kaitkan dengan khasiat pemakanan mi segera tapi perkara ini telah dilakukan kajian oleh WINA sendiri.

WINA dalam kajiannya, makanan apa sekalipun jika diambil dengan dos berlebihan sehari akan memudaratkan kesihatan termasuklah mi segera. WINA sentiasa memantau syarikat pengeluar yang berdaftar dengan WINA dari segi kualiti dan keselamatan setiap produk mi segera. Anda boleh lihat sendiri laporan oleh WINA tentang kualiti dan piawaian yang ditetapkan pada mi segera di World Instan Noodle Association.

 

Sumber: Wikipedia, WINA