Jika anda sayangkan bahasa Melayu dan sentiasa mengikuti perkembangan dengan perubahan ejaan dan juga istilah baru, anda perlu tahu bahawa kini penggunaan trak makanan atau pun foodtruck mempunyai istilahnya tersendiri iaitu – kendera saji.

BACA: Ini Makanan Thai Street Food Paling Mahal Anda Harus Cuba

Menurut Pakar rujuk bahasa Melayu iaitu Ismail Dahaman yang juga bekas Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, nama baru yang sepatutnya digunakan menggantikan trak makanan adalah kendera saji.

Ini bertepatan dengan konsep kreativiti dalam pembentukan istilah yang pernah dirumuskan dalam Persidangan Jawatankuasa Istilah DBP pada 1963.

“Jika dilihat, istilah trak makanan dibentuk melalui proses penterjemahan secara langsung daripada kata yang membentuk food dan truck dalam bahasa Inggeris yang mana maksudnya tersurat”

“Proses ini sama dengan kita mencipta frasa ‘bulan madu’ daripada honeymoon dalam bahasa Inggeris, tetapi maksudnya tersirat sebagai peribahasa.

“Apabila kita melihat makna kamus bagi trak yang bererti lori besar atau lori besar dan berat untuk mengangkut orang, barang, dan sebagainya, agak janggal penggunaannya bagi maksud trak makanan dengan takrif kata dasar kamus seolah-olah bererti lori besar yang mengangkut dan memunggahkan makanan dari satu tempat ke satu tempat.

“Jadi untuk menghindarkan salah tafsir terhadap makna itu, dicadangkan penggunaan frasa nama kendera saji sebagai padanan bagi food truck dengan makna sebuah kenderaan darat beroda pelbagai bentuk, besar atau kecil yang dilengkapi kemudahan memasak dan menjual makanan,” kongsinya di Facebook beliau.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry 😍 😍 😍