Diam tak diam hampir setengah tahun juga pelaksanaan caj 20 sen bagi setiap beg plastik barangan yang dibeli bermula sejak 1 Januari lalu walaupun pada mulanya menerima kritikan dan kencaman daripada pelbagai pihak mengenai cara ini.

BACA: Kedai ‘Ikat Tepi’ Kena Denda

Langkah ini dilaksanakan sejajar dengan kempen bebas beg plastik oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengurangkan pencemaran sampah sarap dan persekitaran.

Pada mulanya caj 20 sen ini menerima pelbagai reaksi orang ramai namun sehingga pertengahan tahu ini, sebanyak RM1.87 juta telah terkumpul daripada caj tersebut.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong memberitahu Bernama ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kutipan tersebut hanyalah membabitkan pasar raya dan kedai makanyang mempunyai laporan data kutipan caj 20 sen daripada Januari sehingga penghujung Mei tahun ini.

Selain itu Wong turut memberitahu kos pelaksanaan kempen bebas beg plastik itu menelan belanja sebanyak RM213,678.30 yang digunakan untuk poster kesedaran, bunting dan juga pembelian beg non-woven.

Dalam masa yang sama Wong memaklumkan 63.98 peratus kutipan tersebut membabitkan peniaga pasar raya dan selebihnya adalah peniaga restoran dan kedai makan di Selangor.

VIDEO: Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)