Penggemar kopi pasti akan mencari kopi sekurang-kurangnya sehari sekali. Malah, dari dulu lagi ramai yang suka minum kopi semasa sarapan.

Seorang warga emas masih menjual kopi buatannya sendiri walaupun sudah berusia 85 tahun dan kopinya masih mendapat permintaan pelanggan.

BACA: Teguran Tajam Untuk Barista Kopi Yang Angkuh

Halimah Din, 85 tahun, masih meneruskan pembuatan kopi kampung yang diwarisi dari nenek moyangnya sejak 30 tahun lalu sehingga kini.

Dia yang berasal dari Kampung Charok Sikin, Baling, Kedah turut memasarkan kopi ke Alor Setar, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pemprosesan kopi kampung itu membuatkan rasanya lebih enak berbanding kopi biasa kerana ia diperbuat daripada bijiran, dibasuh dengan bersih serta biji kopi digoreng menggunakan dapur kayu.

Walaupun ia kedengaran agak rumit, namun itulah yang membuatkan kopi cap Halimah mempunyai aroma dan rasa berbeza dengan kopi lain.

“Biar memakan masa lama, tetapi tetap berkualiti dan tahan lama kerana ia pekat dan berbeza dengan kopi dari kilang,” jelasnya.

Memang enak jika dapat menikmati kopi kampung bersama keluarga. Malah, kita juga dapat menyokong produk tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Harga Secawan Kopi Jadi RM265
Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?