Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia masih bersedih mengenai tragedi kebakaran pusat Tahfiz pada Khamis lalu dan pelbagai andaian serta pendapat disuarakan sepanjang tragedi itu yang heboh diperkatakan hingga di peringkat antarabangsa.

BACA: 5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan

Kes ini ternyata membuka mata ramai pihak untuk lebih mementingkan ciri-ciri keselamatan dan turut mendapat perhatian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah yang begitu terkesan hingga mengalirkan airmata.

Dalam video yang dikongsi oleh MalaysiaKini, Tun Siti Hasmah melawat ke tempat kejadian dan turut memberi beberapa pandangan serta sifat keibuan dalam dirinya membuatkan dia sebak ketika ditemuramah.

Sumber dari malaysiagazette.com

“Saya geram kerana orang yang bertanggungjawab melepaskan diri masing masing, mengatakan takdir tuhan. Itu salah” katanya.

“Sekarang ni kita kata, benda yang baik datang daripada Tuhan, benda yang buruk kita yang bertanggungjawab kan,” jelasnya.

Dia turut berharap pihak berkuasa dapat menyiasat dengan lebih terperinci dan kes ini dijadikan iktibar kepada sekolah-sekolah Tahfiz yang lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!