Terkejut pengguna highway Plus bila sekumpulan kecil babi ‘lepak’ tepi jalan di Kilometer 197.7 arah utara selepas lori haiwan itu dilanggar hingga kemalangan di Alor Gajah, Melaka. Berikutan itu, 14 ekor babi terlepas dari lori tersebut tapi sempat ditangkap semula.

BACA: Ini Memang Betul Pulau Babi

Pemandu lori, Tee Yu Peng, 57 tahun, dalam perjalanan ke Senawang bersama isterinya, Negeri Sembilan dari arah Kahang Kluang, Johor kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Gen 2, semalam.

Sumber dari bharian.com.my

Yu Peng dan isterinya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tersebut dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan. Mereka juga bernasib baik kerana haiwan dibawanya juga tidak cedera dan selamat.

Sumber dari bharian.com.my

Kami difahamkan pemandu kereta berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Bharu itu merupakan seorang pelajar kolej hilang kawalan selepas berlanggar kemudian terbabas di bahu jalan tak jauh dari lori yang dilanggarnya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Aziz memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 semasa mengesahkan kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Daging Lembu Dikatanya Daging Babi
RM2 Juta Daging Kambing Campur Babi Dirampas
Dim Sum Babi Tak Laku, Orang Islam Disalahkan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

AYAM BEREMPAH PANAS PUNYA PASAL