Bertih jagung atau popcorn adalah snek yang sering dimakan masa menonton wayang atau ketika beriadah. Tak kira apa jenis snek yang ada tapi popcorn masih menjadi pilihan. Menonton wayang tak lengkap tanpa popcorn.

Tapi tahukah anda pada suatu masa dulu pemilik panggung wayang pernah melarang penjualan popcorn kerana dikatakan boleh menganggu penonton dan mengotorkan panggung? Ini sejarah ringkas mengenai popcorn.

Sejarah Awal Popcorn

Jagung sudah mula ditanam sejak 9000 tahun lalu di Mexico. Ahli arkeologi percaya  bahawa manusia zaman dulu telah mengetahui kaedah memasak bertih jagung sejak beribu tahun lagi, malah serpihan bertih jagung yang bertarikh sekitar 3600 SM telah dijumpai di kawasan itu.

Letupan popcorn yang pertama di lakukan secara manual adalah pada kurun ke-19, ia dijual di semenanjung timur Amerika Syarikat di bawah jenama seperti “Pearls” atau “Nonpareil”.

Permintaan terhadap bertih jagung meningkat dengan mendadak pada tahun 1890-an apabila terciptanya mesin membuat bertih jagung yang direka oleh seorang pemilik kedai gula-gula bernama Charles Cretor.

Charles mencipta mesin yang berkuasa wap untuk membakar kacang dan telah menggunakan teknologi tersebut untuk meletupkan isi jagung. Dan perkataan popcorn di perkenalkan oleh orang Amerika kerana bunyi jagung yang meletup ketika dipanggang iaitu “poped corn”.

Popcorn Pernah Diharamkan Kerana Mengotorkan Panggung

Popcorn mula menjadi makan ringan yang amat tekenal di acara-acara sukan dan juga di panggung wayang sekitar 1930-an. Namun ada pemilik panggung wayang yang melarang sama-sekali penjualannya di panggung kerana dikhuatiri mengganggu tumpuan penonton ketika menonton filem.

Tapi perkara ini terus berubah pada tahun 1938, sebuah panggung wayang di Midwestern yang dimiliki oleh Glen W.Dickson telah memasang mesin bertih jagung di lobi panggung wayangnya.

Pemasangan itu telah mengaut keuntungan yang banyak dan dijadikan ikutan oleh pemilik panggung wayang yang lain. Malah para pemilik panggung mendapati penjualan popcorn lebih menguntungkan berbanding kutipan filem yang di tayangkan.

Pada asalnya menonton filem di panggung hanya mampu untuk golongan berada tapi kini pemilik panggung sudah mula membuka ruang kepada golongan pertengahan untuk menonton filem dan popcorn sebagai pelarisnya.

Tradisi ini berterusan hingga sekarang. Menonton wayang tak lengkap tanpa popcorn. Terdapat dua jenis popcorn yang menjadi pilihan iaitu butterfly yang kelihatan bersayap dan mushroom yang lebih bulat dan gebu. Trend terbaru sekarang popcorn sudah mula dijual secara online sebagai buah tangan dalam majlis perkahwinan atau keraian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?

Sumber: Wikipedia, HISTORY