Datuk Seri Jamal Yunos bukan nama asing di Malaysia kerana namanya sering memenuhi dada akhbar dan laman sosial dengan pelbagai aksi kontroversi dengan terbaru memecahkan ratusan botol arak di hadapan pintu masuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

BACA: “Niaga Belalang Tak Banyak Persaingan”

Bagaimanapun, kali ini, ketua UMNO bahagian Sungai Besar itu melancarkan sesuatu yang berlainan daripada imej kontroversi apabila melancarkan restoran di Kuala Lumpur yang menawarkan makanan percuma khas buat rakyat Malaysia.

Restoran Gabungan NGO 1Malaysia itu bakal menawarkan makanan percuma selama tiga tahun.

Difahamkan, Jamal dan beberapa ahli korporat lain akan memperuntukkan RM5,000 sehari bagi melaksanakan konsep tersebut.

Menurut Jamal, restoran tersebut hanya akan dibuka selama empat jam (11 pagi hingga 3 petang) dan makanan percuma hanya akan dihidangkan kepada 1000 pelanggan pertama.

Menariknya, pelanggan juga dikehendaki layan diri dalam mencuci pinggan serta cawan setelah selesai menjamu selera.

Jelas Jamal, rancangan mewujudkan restoran tersebut hadir selepas menghadiri pengebumian sahabat baiknya.

“Saya sedar bahawa tidak kira berapa banyak aset yang dimiliki, kita tidak dapat membawanya bersama setelah meninggal dunia,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada masa sama, Jamal turut menepis dakwaan mengatakan restoran tersebut hanyalah publisiti bagi meraih undi menjelang Pilihanraya Umum ke-14.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”