Tak pernah terlintas di fikiran bahawa najis manusia boleh dijadikan hasil seni walaupun ia kedengaran agak ‘menggelikan’.

Seorang pemilik ‘seni tahi’ mencipta koleksi najisnya dalam tin seberat 30 gram (g) dan ia mengandungi najis penggiat seni warga Itali, Piero Manzoni.

BACA: Kek Buah Masih Elok Walaupun Berusia 107 Tahun

Pengumpul koleksi ‘seni tahi’ sanggup membelinya pada harga tinggi hingga mencecah ribuan Dollar hanya kerana ingin mengumpul koleksi tahi.

Idea itu tercetus daripada Piero Manzoni yang menyimpan najisnya ke dalam tin pada tahun 1961 dan dia tidak menjangka idea berkenaan dapat memberikan pulangan yang lumayan.

Sebuah galeri seni bernama Tate di London telah membeli satu tin Manzoni dengan harga £22,350 (RM125,587) pada tahun 2007.

Walaupun koleksi ‘seni tahi’ ini agak pelik, namun koleksi tahi Manzoni sebanyak 90 tin kini mencecah AS$300,000 (RM1.16 juta) satu tin.

Untuk pengetahuan anda, satu tin yang ke-54 dijual pada harga £182,500 (RM1.03 juta), lapor odditycentral.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?