Baru-baru ini kecoh seketika apabila gambar pokok pelangi di Terengganu tular di media sosial. Gambar tersebut mendapat pujian dan tak kurang juga kritikan dari sesetengah pihak yang menganggap pokok tidak seharusnya dicat demi untuk kelihatan menarik.

BACA: Bukan Mahu Bunuh Diri, Salah Teknik Terjerut Leher Sendiri


Menurut kenyataan pengguna laman sosial, pokok yang terletak di Dataran Shahbandar itu dicat bertujuan untuk mengindahkan landskap di kawasan tersebut.

Namun, tindakan mengecat pokok dengan warna pelangi mengundang pelbagai pendapat dari orang ramai. Sesetengah berpendapat ia ibarat mengubah ciptaan Tuhan. Bahkan, ada juga memberikan pendapat bahawa ia merupakan seni yang melampau dan melabelkan tindakan tersebut sebagai sia-sia.

Selain itu, ada juga memberitahu pokok pelangi atau nama saintifiknya, Rainbow Eucalyptus wujud di dunia ini. Pokok itu tumbuh di beberapa kawasan seperti New Britain, New Guinea, Ceram, Sulawesi dan Mindanao.

Walau bagaimanapun, ada yang memuji tindakan mengecat pokok menjadi pokok pelangi sebagai kreatif. Kemudian, ada juga salah seorang pengguna laman sosial memberi penjelasan mengenai cat yang digunakan untuk mengecat pokok.

Dia turut memberitahu cat khas digunakan bagi mengecat pokok supaya dapat memastikan ia tidak akan memberi kesan buruk kepada pokok setelah dicat.

Tidak salah jika pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk mencantikkan bandar kerana ia dapat menarik perhatian pelancong seterusnya menampakkan bandar lebih ceria dan berwarna-warni.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VR Park di Tokyo Berhantu?