Baru-baru ini gedung perabut terkemuka dunia, IKEA membuka cawangan pertamanya di India. Namun apa yang menjadi perhatian ialah suasana di gedung tersebut yang penuh sesak sebaik saja ianya dibuka secara rasmi pada Khamis lalu.

Dasyat sungguh penangan pembukaan cawangan IKEA pertama di negara dengan pasaran yang amat luas itu apabila lebuh raya dipenuhi kenderaan dan ramai yang terperangkap di dalam kesesakan hingga berjam-jam lamanya.

BACA: Selamat Tinggal Vanila, IKEA Perkenal Aiskrim Soya

Ramai yang teruja untuk menikmati hidangan yang disediakan restoran di gedung tersebut yang dikatakan mempunyai sehingga 1000 kerusi.

Menurut laporan akhbar, disebabkan gedung IKEA tersebut mempunyai tempat letak kereta yang sangat terhad, pihak mereka akan membuka tiga lagi tempat kenderaan untuk menampung lebih ramai jumlah pengunjung yang akan berkunjung ke gedung tersebut.

Namun disebabkan kesesakan luar biasa itu, ramai yang meluahkan rasa marah apabula menjadi mangsa kesesakan lalu lintas, ditambah dengan sikap sesetengah pengunjung yang cuba mendapatkan teksi di tempat yang tidak sepatutnya setelah selesai mengunjungi gedung tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan percubaan kali kedua IKEA untuk bertapak di India. Pada tahun 2006, cubaan pertama IKEA gagal apabila rancangan pembukaan gedungnya terpaksa dibatalkan akibat berdepan dengan masalah melibatkan perundangan kerajaan tempatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱