Nampaknya ramai yang tidak sabar untuk memiliki iPhone terbaru keluaran jenama telefon bimbit terkemuka antarabangsa iaitu iPhone hinggakan ada yang mula beratur untuk membeli iPhone 8 sejak pelancarannya pada pukul satu pagi waktu Malaysia, malam tadi.

BACA: Ini Hasilnya Bila Guna Kotak Burger McD Dengan iPhone

Seorang pelajar di Australia, Mazen Kourouche, 20 tahun, telah ‘berkampung’ di luar kedai Apple Store di Sydney, Australia sejak dua hari lepas bagi mendapatkan model iPhone terbaru berkenaan.

Dengan zon waktu yang berbeza, dia bakal menjadi orang pertama di dalam dunia ini membeli iPhone terbaru kerana negara tersebut menjadi salah satu negara terpilih untuk berada dalam gelombang pertama jualan iPhone terbaru keluaran Apple.

Terdahulu, Mazen pernah beratur dan menjadi orang ketiga dalam barisan untuk membeli iPhone keluaran terbaru pada tahun lepas dan menjadi orang ke-100 dalam barisan pada tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, menjadi antara orang terawal untuk beratur tidak menjanjikan dapat membeli iPhone terbaru itu kerana pihak Apple telah membuka pesanan awal atau pre-order secara dalam talian.

Setiap tahun, Apple telah memudahkan orang ramai untuk membeli iPhone pada hari pelancaran. Selain dari beratur panjang di hadapan kedai Apple Store, anda juga boleh mendapatkan iPhone keluaran terbaru itu melalui syarikat telekomunikasi, penjual yang sah atau membeli dalam talian di laman web rasmi Apple Store.

Iphone 8 dijangka masuk ke pasaran Malaysia pada hujung tahun ini iaitu November atau Disember, jadi anda boleh menyimpan duit bermula sekarang jika berminat dengan iPhone terbaru keluaran Apple.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali!