Baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang ibu bapa mendaftarkan anak mereka dengan nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohammad Razin Abdullah mendedahkan nama yang paling panjang dicatatkan pada tahun lalu ialah Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

BACA: JPN: Nama Anak Tidak Boleh Melebihi 80 Abjad

Menurut Mohammad Razin lagi, nama lelaki yang paling popular didaftarkan oleh JPN ialah Ismail sebanyak 72,157 orang dan diikuti oleh Abdullah 47,989.

Nama wanita yang popular pula ialah Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).

Pada tahun 2014, nama terpanjang yang pernah didaftarkan ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Difahamkan, nama terpanjang yang didaftarkan itu antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

Sementara itu, sehingga 30 Jun lalu jumlah pemegang MyKad di seluruh negara adalah seramai 22,664,777 orang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar