Jabatan Negara Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi apabila mengatakan negara Singapura masih lagi sebahagian dari Malaysia.

Isu tersebut timbul apabila taklimat oleh Setiausaha Negara Mike Pompeo yang disiarkan di laman rasmi jabatan itu pada Isnin lalu, nama tempat ditulis sebagai ‘JW Marriott, Singapura, Malaysia’.

BACA: Rakyat Malaysia Cuti Mengundi, Orang Singapura Tak Puas Hati

Singapura dipilih sebagai lokasi pertemuan antara pemimpin negara Amerika Syarikat Presiden Donald Trump dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un untuk perbincangan rundingan mengenai program penyahnuklearan di Korea Utara diplomatik dan ekonomi.

Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia selama dua tahun melalui Perjanjian Malaysia pada tahun 1962 untuk membentuk Tanah Melayu.

Bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 untuk membentuk Republik Singapura yang merdeka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)