Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 80an sehingga 90an, pasti masih ingat lagi dengan gula-gula nostalgia White Rabbit ini. Sebelum ini pelbagai spekulasi mengenai gula-gula popular tersebut dan akhirnya terjawab.

Sebelum ini Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit tidak halal.

BACA: Kementerian Agama Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

Terbaru menerusi laporan TV Al-Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh mengesahkan ‘White Rabbit Creamy Candy’ mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.

Menurut Fauziah, berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan gula-gula daripada China itu mempunyai gelatin lembu dan babi.

Gula-gula tersebut masih lagi dijual dipasaran, pihak kementeriannya memberi nasihat kepada pengguna terutama beragama Islam untuk memastikan produk makanan yang di beli disahkan halal dan tidak meragukan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

ROjak Singapore Geylang Serai Dah Sampai Malaysia?