Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-61, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan yang baharu iaitu ‘Malaysia’.

Tawaran tersebut melibatkan nombor siri Malaysia 1 hingga Malaysia 9999 dan tarikh bidaan bermula pada 2 hingga 16 Julai ini.

BACA: Bidaan Nombor Plat FA12 Makin Naik!

Menurut netizen, nombor paling hangat yang akan mendapat bidaan paling tinggi adalah nombor ‘Malaysia 1’ merujuk kepada 1 Malaysia, menakala ‘Malaysia 2020’ pula untuk Wawasan 2020.

Bidaan tersebut dibuka kepada mana-mana individu termasuk menteri kecuali Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan ditawarkan nombor pendaftaran khas ‘Malaysia 2020’.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hasil jualan nombor pendaftaran ‘Malaysia’ akan disalurkan kepada kerajaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti Telur Cheese Power Bak Hang