Baru-baru ini kecoh apabila mahmakah melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan orang remaja berbasikal lajak.

Susulan isu basikal lajak semakin berleluasa di negara ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani masalah tersebut.

BACA: Pemandu Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Dibebaskan Mahkamah

Ketua Pengarah JPJ Shaharuddin Khalid berkata, JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu dan basikal yang dikayuh di atas jalan raya tanpa secara beriringan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jelasnya lagi, spesifikasi sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥