Jual Lauk Serendah RM1 Sesenduk

0
720

Memahami kepayahan dihadapi golongan berpendapatan rendah, seorang peniaga nasi campur di Pasir Gudang, Johor bertindak menjual lauk tengah hari dengan harga RM1 sesenduk. Sukar dipercayai masih ada yang berniaga dengan niat mahu membantu daripada mengaut keuntungan.

BACA: Ternak Lipas, Jana RM28,000 Sebulan

Peniaga, Nur Nadia Nordin, memilih untuk menjual lauk nasi campurnya dengan nilai RM1 sesenduk selepas merasai dengan sendirinya membeli makanan yang berharga mahal.

Lantas, dia bertekad untuk membantu mereka yang berpendapat rendah dengan menjual nasi campur dengan rendah.

“Kita perlu kasihankan mereka yang makan gaji kerana di antara mereka yang mendapat gaji yang sama,” kata Nadia yang telah pun berniaga selama tiga tahun.

Menyedari harga pasaran nasi berserta lauk sepinggan hampir mencecah RM10, Nadia memutuskan untuk menjual lauk sesenduk RM1, nasi RM1 dan air sirap RM1, selepas berbincang dengan suaminya.

Bagaimanapun, kekangan harga pasaran semasa bagi ikan memaksa Nadia untuk menjualnya dengan harga RM2 sesenduk.

Kedai makan tersebut terletak di Medan Selera Bachang Corner, Taman Kota Masai.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here