Sekarang ni ramai sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata impikan berat badan idaman.

Namun, perkongsian oleh seorang wanita baru-baru ini membuktikan bahawa anda tak perlu berhabis duit untuk kurus. Yang paling penting disiplin diri.

BACA: Turun 25Kg Dalam 4 Bulan, Gadis Manis Ini Kongsi Tips Kurus

Kali ini kami kongsikan tips diet dari seorang jurusolek terkenal. Bukan saja badan makin langsing, tapi kulit muka pun makin cantik. Apa rahsianya?

Untuk Si Pemalas, tapi boleh turun 16 kg

Menurut MUA Hertonnye Linggom dari Sarawak ini, dia pernah memiliki berat badan 73 kilogram dan nekad untuk kurus selepas seluar yang yang dipakai olehnya tidak boleh dibutang dan terpaksa membeli seluar baru.

Tak bersenam, tak diet. Berat sekarang 57.8 kg

Dah cuba macam-macam cara untuk diet tapi satu pun tak menjadi. Akhirnya wanita ini kongsikan dia hanya mengamalkan ‘INTERMITTENT FASTING’.

Apa sebenarnya Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting sebenarnya tips untuk jaga badan yang diamalkan oleh wanita barat. Tempoh untuk puasa dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah hari keesokan harinya.

Makanlah apa saja, tapi masa puasa minum air kosong sahaja

Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Hertonnye Linggom jika mahu menurunkan berat badan secara selamat dan berkesan. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas