Nampaknya usaha Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memperkenalkan perkhidmatan ojek di Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila kabinet sebulat suara meluluskan perkhidmatan Gojek-Degoride.

Perkhabaran gembira itu diumumkan oleh Syed Saddiq menerusi akaun Twitternya sendiri. Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk merealisasikan perkhidmatan tersebut di Malaysia.

BACA: Syed Saddiq Cadang Mahu Perkenal Perkhidmatan ‘Gojek’ Di Malaysia

Menerusi perkongsian itu, beliau menjelaskan tujuan memperkenalkan perkhidmatan tersebut adalah untuk membantu anak muda khususnya untuk mendapat peluang pekerjaan serta membantu peniaga untuk menjual barangan mereka menggunakan servis berkenaan.

Dalam masa sama, perkhidmatan itu juga dapat membantu rakyat yang ingin menggunakan pengangkutan awam dengan kos yang rendah dan tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menegaskan pihaknya akan melipat gandakan usaha untuk memberikan yang terbaik buat anak muda di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas