Pasti ada di antara anda yang rasa tak lengkap jika juadah yang dimakan tidak ada rasa pedas. Paling tidak pun kena ada sambal belacan atau cili potong untuk bagi lagi ‘kick’.

Bagaimanapun, kajian terbaru ini pasti akan buatkan anda fikir banyak kali untuk makan pedas selepas ini.

BACA: Sampai Jumpa Doktor, Gara-Gara Ayam Goreng Extra Spicy 3X

Kajian dari University of South Australia dan Universiti Qatar mendapati mereka yang makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi untuk mengalami demensia.

Dalam kajian itu, para penyelidik mengkaji 4,582 orang dewasa berumur lebih 55 tahun, lebih 15 tahun, melihat cara pemakanan serta daya ingatan mereka.

Hasilnya, mereka yang makan lebih dari 50gram cili sehari hampir dua kali ganda risiko berdepan masalah ingatan dan penurunan daya ingatan.

Menurut salah seorang penyelidik, Dr Zumin Shi berkata, cili sememangnya bermanfaat untuk menurunkan berat badan dan tekanan darah.

Namun ia memberi kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih lebih tua.

Bagaimanapun, ini hanyalah satu kajian awal dan kajian lanjut diperlukan untuk menjelaskan adakah benar makanan pedas mampu merisikokan daya ingatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥