Apa perkara pertama yang anda fikirkan setiap kali mendengar perkataan Marijuana atau ganja? Selalunya hukuman gantung sampai mati atau ketagihan antara perkara yang terlintas di fikiran.

Namun kini ada beberapa negara membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan antaranya Kanada, Australia, beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), beberapa negara Eropah, Korea Utara dan beberapa negara Amerika Selatan, paling terbaru Thailand.

BACA: Kajian: Marijuana Mampu Membunuh Sel Kanser

Kajian terbaru oleh penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati marijuana atau kanabis mampu merangsang pembentukan saraf otak yang sudah mati.

Ketua Penyelidiknya, Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas, berkata pengambilan kanabis pada dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg.

Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas

Kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu membabitkan empat kumpulan tikus yang menerima suntikan Tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif yang diekstrak daripada kanabis pada dos serendah 0.5 miligram (mg), 1.0 mg, 1.5 mg dan 2.0mg/kilogram (kg).

Hasil kajian mendapati, tikus yang menerima suntikan THC 2.0 mg/kg menunjukkan fungsi kognitif menurun atau merosot tetapi sebaliknya tikus yang menerima dos serendah 1mg/kg, menunjukkan tanda positif pertumbuhan neuron baharu dengan fungsi kognitif normal.

Beliau juga yakin hasil kajian itu memberikan petunjuk penggunaan kanabis bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk.

Ujarnya, kajian mendapati kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu.

Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian tersebut adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak.

Kata beliau lagi, sudah sampai masanya, kerajaan melihat kembali dan memberikan akses geran penyelidikan agar potensi kanabis dalam merawat penyakit tertentu dapat dieksploitasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱