Jika anda penggemar minuman manis, mungkin selepas ini anda akan berfikir banyak kali untuk mengambilnya. Kajian mendapati minum air manis berlebihan berisiko tinggi terdedah risiko kanser.

Kajian yang dilakukan secara besar-besaran di Perancis mencadangkan, dengan mengurangkan pengambilkan gula dalam minuman dapat mengurangkan risiko kanser.

BACA: Kajian: Ganja Kurangkan Sakit Kronik, Lebih Selamat Dari Gula

Hanya boleh ambil 24gram gula sehari

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, setiap individu hanya boleh mengambil 25 gram gula sehari bagi memastikan diri mereka berada dalam keadaan yang sihat.

Untuk mengelakkan pengambilan gula secara berlebihan beberapa negara ini telah melaksanakan cukai gula bertujuan untuk meningkatkan kesihatan rakyat antaranya Britain, Belgium, Perancis, Hungary dan Mexico.

Menerusi jurnal perubatan British BMJ, satu kajian analisis data dari 101,257 orang dewasa Perancis, 21 peratus mereka lelaki dan 79 peratus wanita. Kajian tersebut menilai pengambilan minuman keras atau minuman yang diambil setiap hari.

Kajian itu dilakukan selama sembilan tahun dari 2009 hingga 2019 untuk menilai risiko mereka terhadap semua jenis kanser termasuk kanser payudara, kolon dan prostat.

Hasil kajian menunjukkan pengambila 100ml sehari dalam penggunaan minuman beralkohol dikaitkan dengan peningkatan risiko 18 peratus daripada keseluruhan kanser dan 22 peratus peningkatan risiko kanser payudara.

Walaupun kajian ini tidak memberikan gambaran secara menyeluruh tentang kandungan gula dan penyakit kanser, namun langkah mengurangkan pengambilan gula sangat penting.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥