Selalunya jika ditangkap mencuri kita akan dipenjara atau dikenakan untuk membayar denda. Tetapi berbeza dengan kes ini dimana hakim menjatuhkan hukuman terhadap seorang lelaki di Hawaii ini supaya tidak minum air kegemarannya.

Laporan Maui News melaporkan, Hakim Litar Kedua Rhonda Loo mengenakan hukuman itu pada Jumaat lalu ketika menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun, Christopher Montilliano Jr.

BACA: Beri Anak Minum Coke Sahaja, Bapa Dipenjara 3 Bulan

Pemuda itu mengaku bersalah di atas kesalahan memandu tanpa lesen yang didakwa ke atasnya. Pemuda itu ditahan di Wailuku dan didakwa kerana mencuri kereta jenis Honda Accord dari sebuah stesen Texaco.

Laporan mendedahkan, hakim memberitahu pemuda itu telah menipu polis dengan mengatakan dia membawa kereta itu untuk membeli soda tetapi sebenarnya dia mencuri kereta berkenaan.

Hakim mengarahkan pemuda itu untuk tidak minum minuman kegemarannya iaitu Pepsi selama empat tahun selain didenda $100 (RM407) dan perlu melakukan khidmat komuniti selama 100 jam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉