Aktiviti penyeludupan dadah sentiasa memperbaharui taktik untuk menyeludup dadah ke negara luar seperti menggunakan keldai dadah dan terbaru menggunakan buah durian sebagai penyamaran aktiviti penyeludupan bahan terlarang tersebut.

BACA: Tunggu Azan Untuk Makan, Lelaki Cina Jadi Perhatian

Terbaru seorang penyeludup dadah dari Hatyai telah ditahan oleh pihak polis Thailand setelah taktiknya menyorokkan bungkusan dadah dalam timbunan durian yang dibawa dengan kenderaan pikap diketahui pihak berkuasa.

Lelaki tersebut menyangka bau durian yang kuat dapat mengelirukan pihak polis akan tetapi setelah siasatan rapi dilakukan, polis menemui 306 kilogram ganja yang telah disorokkan.

“Tetapi, ketika pikap itu ditahan polis, empat pegawai kami berasa curiga dengan kelakuan lelaki berkenaan ketika disoal siasat dan akhirnya, helahnya terbongkar apabila ganja tersebut ditemukan disorok di bawah timbunan durian,” kata ketua polis Hatyai Kol Kittichai Sangkhataworn kepada Bernama.

Sekadar gambar hiasan

Daripada siasatan lanjut polis mempercayai ganja tersebut dirancang untuk diseludupkan ke Malaysia dan juga negara lain yang ketiga.

Dianggarkan ganja tersebut berjumlah 5 juta Baht iaitu kira-kira RM625,000 mengikut mata wang tempatan.

Sangkhataworn turut memberitahu lelaki telah telah berjaya menyeludup dadah dengan taktik yang sama untuk kali pertama dan oleh kerana itu dia yakin untuk mencubanya untuk kali kedua tanpa menyangka akan ditahan oleh pihak berkuasa.

VIDEO: Biskut Horlicks Padu Beb!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram