Baru-baru in, kajian oleh pusat penyelidikan swasta Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) tular di media sosial apabila mendedahkan graduan kaum India dan wanita bertudung paling tertindas dalam proses pengambilan pekerja bagi sektor swasta.

Berdasarkan kajian tersebut dua kakitangan Cent-GPS berbangsa Melayu yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan telah diberi tugasan ‘berlakon’ sebagai tujuh individu lain yang mewakili jantina dan kumpulan kaum berbeza dalam resume mereka.

BACA: “Fresh Grad Kalau Gaji Kerja Pertama RM1k, Terima Je”

Bagaimanapun, kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja mereka setaraf dari segi kelayakan dalam tuntutan kerjaya.

Kaum India, wanita bertudung paling kurang dipanggil temuduga

Hasil kaji selidik mendapati individu yang paling kurang dipanggil temuduga ialah lelaki India diikuti oleh lelaki Melayu, perempuan India dan wanita Melayu bertudung.

Dalam kajian itu, sebanyak 3,289 resume telah dihantar bermula Disember 2018 hingga Februari 2019. Kesemua jumlah resume itu mewakili permohonan tujuh individu berkenaan yang watak mereka dilakonkan oleh dua kakitangan Cent-GPS.

Setiap seorang menghantar sebanyak 547 resume kepada pelbagai syarikat memohon pekerjaan. Kesemua resume berkenaan memaklumkan pemohon mempunyai latar belakang akademik atau lulusan perniagaan.

Kaum Cina paling banyak dapat panggilan temuduga

Kajia juga mendapati, pemohon kaum Cina paling banyak mendapat panggilan temuduga. Bukti adalah berdasarkan pengalaman kakitangan Cent-GPS yang berlakon sebagai seorang individu berbangsa Tionghua bernama ‘Nicola Yeoh’.

Resume ‘Nicola Yeoh’ sangat laku sehingga dipanggil menghadiri temuduga sebanyak 240 kali manakala lelaki Cina bernama ‘Gabriel Liew’ pula dipanggil 179 kali temuduga daripada 547 permohonan yang dihantar.

Apa yang mengejutkan, bagi pemohon kaum India bernama ‘Thivakar’, perlu memohon sebanyak 28 kali untuk mendapat satu panggilan temuduga manakala ‘Nicola’ hanya perlu memohon dua kali untuk mendapat satu temuduga.

Selain itu, pemohon wanita bertudung juga menerima nasib yang sama. Kajian mendapati perempuan Melayu bertudung hanya mendapat 50 panggilan temuduga daripada 547 pemohonan berbanding wanita Melayu tidak bertudung yang mendapat 70 panggilan temuduga.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥