Bukan mudah untuk mengekalkan harga makanan murah di zaman yang serba mahal ini. Tetapi percaya atau tidak masih ada lagi peniaga yang menjual makanan dengan harga paling murah dan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Walaupun harga barangan semakin meningkat, dengan niat untuk bersedekah, Pemilik Baen Cafe, Ibrahim Abdul Rahim, 37, di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau menjual Nasi Biryani dan Nasi Tomato Dengan Hanya 10 Sen sahaja.

BACA: 7 Jenis Nasi Popular Di Majlis Kenduri Kahwin

Foto: Facebook Baen Cafe Power of Sedekah

Memetik laporan Harian Metro, selain menjual nasi tomato dan nasi beriani kosong dengan harga hanya 10 sen sepinggan, Minuman yang dibancuh dengan gula dan perisa seperti sirap, teh O dan kopi O juga dijual dengan harga 10 sen segelas.

Menurut Ibrahim, dia sudah berniaga di situ hampir setahun dan sejak itu juga mula menjual makanan dengan harga tersebut.

Katanya lagi, idea menjual nasi dengan harga 10 sen itu timbul memandangkan dia memahami dengan keadaan ekonomi sekarang disamping mahu meringankan kos kehidupan pelanggan.

“Sebelum ini, saya pernah memberi percuma setiap air minuman kepada pelanggan yang datang makan ke kedai saya, tetapi ia menimbulkan perasaan malu dalam kalangan penunjung serta ada yang tidak gemar dengan minuman percuma.

“Namun, perniagaan saya ketika itu juga cukup menguntungkan kerana orang ramai datang kerana harga makanan dijual berpatutan. Ketika itu, saya menjual ayam goreng dengan harga RM1 setiap satu,” katanya.

Ujarnya lagi, makanan di kedainya jauh lebih murah daripada kedai biasa dan harganya 50 peratus jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, ayam goreng yang dijual RM3 di kedai lain, kami menjualnya dengan harga RM1.50, ikan cencaru yang dijual RM5 di kedai lain hanya dijual RM3 di sini,” katanya.

Biarpun ramai perpendapat tindakannya itu boleh melingkupkan perniagaannya, namun Ibrahim memberitahu dia masih memperoleh keuntungan daripada jualannya itu. Katanya lagi, dia juga percaya usahanya itu akan menguntungkan dirinya kelak jika dia memberi kesenangan kepada orang ramai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?