Hati Raya dah nak hampir tiba. Selain hidangan wajib seperti ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara penyeri untuk dihidangkan kepada tetamu.

Siapa cakap nak buat kek tu susah? Sebenarnya anda boleh buat Kek Milo 3 bahan ini. Ini antara kek paling sendang yang mak-mak boleh buat. Hanya guna tiga bahan saja iaitu telur, Milo dan susu pekat.

BACA: Resepi Kek Batik Jejari Anda Harus Cuba

Menariknya, kek ini tidak perlu menggunakan tepung pun. Tapi rasanya memang sangat sedap dan ‘chewy’ seperti brownies.

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar susu pelat

Cara membuatnya:

1. Pukul (mixer) semua bahan-bahan tersebut selama 3 minit
2. Kemudian masukkan dalam loyang, bakar 45 minit pada suhu 180’c

Dah siap. Senang je kan, guna 3 bahan je pun dah boleh buat kek untuk raya nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mudahnya Buat Kek Milo Ni!
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedap Ke Beef Ribs di Tony Roma’s?