Ramai masih memperkatakan mengenai kemenangan pasukan bola jaring yang berjaya menumpaskan pasukan Singapura pada ahad lepas dengan mata 65-41.

Kelibat pemain ini mencuri tumpuan ramai dengan gelagatnya yang begitu serius ketika dalam gelanggang serta bersemangat ketika memberi sokongan terhadap rakan pasukannya semasa dia berada di bangku simpanan.

BACA: Peminat Wanita Teruja Dapat Jumpa Putera Mateen

Sumber dari semuanyabola.com

An Najwa Azizan, 20 tahun, dilihat sebagai salah seorang tunggak utama dalam pasukannya serta digeruni oleh pihak lawan.

Sumber dari utusan.com.my

Walaupun dia sudah lama menceburi sukan ini sejak tahun 2013, namun baru-baru ini dia mendapat perhatian daripada orang ramai yang menyaksikan kehebatannya ketika beraksi. Berikut merupakan beberapa fakta mengenai An Najwa yang anda tidak tahu:

Sumber dari utusan.com.my

– An Najwa Azizan dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan anak keempat dari lima beradik.
– Mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi, yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.
– Berketinggian 178cm atau 5’10 inci.
– Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun.
– Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.
– Sudah memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.
– Dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.
– Rahsia kejayaannya ketika menghasilkan gol setiap kali memegang bola, katanya “Saya tidak fikirkan perkara lain. Saya hanya fokus mahu masukkan bola ke dalam jaring”.

Sumber dari twitter.com

Selain itu, pemain posisi penyerang ini mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Kuala Lumpur dan juga Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sumber dari semuanyabola.com

Diharap ramai lagi bakat anak muda dapat digilap untuk menjadi atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pula satu hari nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VR Park di Tokyo Berhantu?