Kenapa 1,000 Orang Serbu Kedai Nasi Kukus Ini?

0
1377

Nasi kukus ayam berempah merupakan antara hidangan yang paling diminati ketika makan tengahari. Di mana-mana sahaja anda boleh lihat ramai peniaga menjual nasi kukus ayam berempah.

Seorang pemilik kedai nasi kukus bermurah hati untuk memberi 1,000 bungkus nasi kukus secara percuma bagi berkongsi rezeki dengan orang ramai di Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan semalam.

BACA: 3 Perkara Menarik Tentang Nasi Lemak Hello Kitty

Gambar sekadar hiasan

Pemilik kedai Nasi Kukus Kebun Sultan, Mohd Kamal Ahmad Zukhi berkata, dia sudah lama merancang bersama isterinya, Fauziah Ramli untuk memberi nasi kukus percuma kepada orang ramai tetapi mereka tiada masa serta kekurangan bajet pada masa itu.

Sumber dari sinarharian.com.my

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan sokongan pelanggan selama ini dan ini adalah penghargaan buat mereka,” ujarnya.

“Hari ini semua boleh rasa nasi kukus yang berlauk ayam goreng, ikan bilis goreng dan gulai ayam. Pelanggan juga dijamu dengan buah manggis serta rambutan,” tambahnya lagi.

Bahkan, dia tidak menyangka program yang bermula pada 5.30 petang ini mendapat perhatian luar biasa hinggakan ada pelanggan menunggu sejam awal daripada waktu yang ditetapkan.

“Saya tiba digerai dengan membawa nasi dan lauk pauk ini pada jam 5 petang sudah kelihatan ramai yang beratur untuk mendapatkan nasi yang saya beri secara percuma dua bungkus setiap seorang,” katanya.

“Saya sangat teruja melihat sambutan daripada pelanggan dan terharu serta mengucapkan jutaan terima kasih. Insyaallah doakan rezeki saya semakin murah supaya dapat dikongsi dengan lebih banyak bersama orang lain,” sambungnya lagi.

Selain itu, Kamal juga memberitahu bahawa adiknya, Siti Badariah Ahmad Zukhi turut memberi minuman ABC secara percuma kepada pelanggan mereka semalam.

“Saya sudah 15 tahun berniaga di sini dan kebanyakan lauk pauk yang saya sajikan adalah resipi turun temurun iaitu dari Allahyarham ibu bapa saya juga pengasas Zakini Nasi Kukus kini diambil alih oleh kakak saya. Saya pula menjual Nasi Kukus Kebun Sultan,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Semoga Kamal sekeluarga murah rezeki dan maju jaya kerana membuat program yang bagus seperti ini dan semoga orang ramai dapat mencontohi sikapnya yang pandai menghargai pelanggannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here