Kerajaan menolak cadangan dari pengusaha restoran yang mahu menyediakan ruangan khas untuk perokok susulan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata cadangan tersebut ada dikemukakan oleh pengusaha restoran tetapi ia tidak dapat diterima kerana Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengutamakan kesihatan orang ramai di tempat awam.

BACA: 95% Netizen Setuju Restoran Wajib Bebas Asap Rokok

Katanya lagi, terdapat banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan oleh perokok untuk menghilangkan ketagihan mereka, tetapi bukan dengan membawa cadangan seperti itu.

Sebelum ini, larangan merokok hanya berkuat kuasa di restoran berhawa dingin sahaja, namun Kementerian Kesihatan meluaskan kawasan larangan merokok di kawasan restoran terbuka pula.

Ujarnya lagi, tindakan akan diambil terhadap perokok serta pemilik restoran yang ingkar dengan arahan yang ditetapkan. Larangan itu juga diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?