Hanya kerana terkena gam, betis seorang kanak-kanak telah mengalami kesan melecur seolah terkena bahan yang panas sehinggakan isi dagingnya terpaksa menjalani pembedahan oleh pakar kulit dan keadaan itu mengejutkan keluarganya.

BACA: Pizza Unicorn Pulak Sekarang

Nur Hasya Yusra Shahrul Izuan, 3, mengalami melecur teruk setelah gam yang biasanya digunakan untuk melekatkan bahan perhiasan pelamin terkena betisnya.

Menurut ibunya, Farhah Nuar, 27, anaknya menjerit kesakitan apabila terkena gam tersebut walaupun sedang memakai seluar legging.

Oleh itu dia dan suami segera membawa anaknya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan walau bagaimanapun mereka diminta terus ke Hospital Dungun kerana kesan lecur yang teruk.

Setibanya di Hospital Dungun, kes anaknya itu telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi rawatan bersama pakar kulit.

Ini kerana bahan kimia yang terdapat pada gam tersebut dikhuatiri merebak ke bahagian daging jika tidak dibedah.

Menurut Farhah, doktor memberitahu bahan kimia yang ada dalam gam tersebut adalah berbahaya dan kerana itu betis anaknya melecur sehinggakan bahagian kulit terpaksa digantikan dengan kulit bahagian peha.

VIDEO: Apa Yang Best Di Sungai Petani?