Apalah maknanya raya jika tak bergambar sakan dengan kaum keluarga, rakan rakan, isteri mahu pun bersama cinta anda yang tak kesampaian. Namun bila sudah sampai musim raya ini, ada yang tidak puas hati kerana nampak gemuk atau dalam bahasa berlapiknya, nampak berisi dalam gambar.

BACA: 5 Tips Makan Kuih Raya Oleh Kevin Zahri

Perkara ini dikongsikan oleh Kevin Zahri di Facebook miliknya dan kami kongsikan semula di sini. Berikut merupakan apa yang diperkatakan oleh Kevin di akaun laman sosialnya itu.

“Dalam sehari dua ini ramai akan bergambar dengan baju-baju yang cantik. Sudah semestinya you wanna look your best. Malangnya 1) photos always make one look bigger dari sebenar dan 2) mungkin some of you belum capai berat badan yang diharapkan”

“Jadi sebab saya memang minat fotografi, saya ingin kongsi beberapa tip mudah yang anda boleh amalkan untuk nampak lebih kurus dalam gambar walaupun belum kurus”

Note: of course its NOT about looking “kurus kering” dan “kurus” perhaps bukanlah istilah yang sesuai (mungkin langsing/fit lebih sesuai) tapi saya rasa you get the point,” jelasnya.

Jom saksikan video pendek ini. Harap dapat membantu dan jangan lupakan azam anda untuk diet dengan sihat selepas raya nanti.