Kisah Pelajar Autism Peminat Ultraman

0
937

Setiap daripada kita memiliki keistimewaan dan kepakaran dalam perkara yang berbeza, tetapi bagi Muhammad Amsyar Anas Ramlee, 18 tahun, dia memiliki ‘kuasa’ luar biasa apabila mampu melukis salasilah setiap versi Kamen Rider dan Ultraman ke dalam buku latihannya.

BACA: Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

Remaja tersebut – yang mengalami autisme – membuat warga laman sosial berasa kagum dengan kemampuannya melukis dengan penuh teliti setiap karakter adiwira tersebut.

Karya pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Sungai Petani, Kedah, itu telah dikongsikan guru, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani, di laman Facebook, semalam.

Daripada Power Rangers ke Kamen Rider dan seterusnya Ultraman, Amsyar mampu melukis setiap adiwira dengan teliti sehingga membuatkan Izani berasa kagum.

“Wow! Banyaknya awak lukis,” demikian kenyataan diluahkan Nurul selepas menyaksikan buat kali pertama lukisan anak muridnya itu.

Nurul turut menjelaskan meskipun pelajar autistik berdepan masalah pembelajaran berbanding dengan pelajar normal lain namun mereka memiliki keistimewaan serta bakat tersendiri.

Pelajar istimewa ni memang biasanya ada satu kelebihan atau kecenderungan dalam satu bidang dan kita kena pupuk minat mereka,” tambahnya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Level Mati (Bandung Part 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here