Bagi pengemar kereta api pasti melonjak gembira dengan khabar berita bahawa laluan London ke Tokyo semakin jelas hala tujunya apabila kerajaan Rusia sendiri mengambil serius mengenai perancangan ini kerana ia melibatkan laluan negaranya.

BACA: Kajian: Terengganu Paling Ramai Genius

Laluan sejauh 13,518.49 kilometer itu akan bermula dari bandar London dan merentasi Moscow, Novosibirsk, Irkutsk, Khabarovsk, Sakhalin dan seterusnya pembinaan satu jambatan yang menghubungkan teruskan ke Wakkanai dan juga Tokyo.

Dailymail juga melaporkan bawah Vladimir Putin sedang melakukan perbincangan serius bersama kerajaan Jepun mengenai pembinaan Jambatan yang mempunyai jarak 45 kilometer ini.

Namun begitu perancangan tersebut masih diperhalusi oleh sebab jambatan tersebut akan menjadi peristiwa bersejarah kerana sehingga sekarang Moscow dan Tokyo masih tidak pernah menandatangani perjanjian secara rasmi untuk menamatkan permusuhan Perang Dunia Kedua.

Selain United Kingdom, Rusia dan Jepun, dua buah negara lain yang akan terlibat dalam projek laluan kereta api ini adalah Jerman dan juga Poland.

Gambaran artis tentang jambatan yang akan dibina

Sekiranya perancangan ini menjadi realiti, para penumpang akan melalui laluan trans-siberia yang terkenal dengan keindahan pemandangan alam semulajadinya.

VIDEO: “Ini Baru Johor”