Berang tiada makanan di rumah, pihak polis menahan lelaki disyaki cuba membakar kediaman keluarga di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Kejadian kira-kira 4 petang itu disedari ibu suspek yang mengejutkan suaminya yang sedang tidur selepas dikatakan ternampak anak lelaki mereka itu sedang menyimbah petrol di bahagian depan rumah dan membakar dengan pemetik api.

BACA: Bantal Bentuk Makanan Boleh Bikin Lapar

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, bapa suspek berusia 63 tahun bertindak memadamkan kebakaran itu sebelum bertengkar dengan anaknya 34 tahun itu.

Difahamkan, suspek dipercayai menyedut petrol daripada motosikal bapa dan mengisinya ke dalam jag sebelum menyimbah ke arah dinding bahagian depan rumah keluarga.

Sebatang paip dengan kesan terbakar dan jag yang ada kesan petrol ditemui di dalam rumah terbabit. Tiada kerosakan harta benda lain dilaporkan berikutan tindakan pantas bapa suspek memadamkan api.

Hasil siasatan, suspek yang juga bekas banduan baru dibebaskan dari penjara. Suspek juga mengaku melakukan perbuatan itu kerana marah tiada makanan di rumah.

Ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah dan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Buffet Buka Puasa Paling Berbaloi Di Kajang? 😱