Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang pengguna meluahkan rasa puas hati di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila dikenakan harga RM50 untuk semangkuk maggi ketam di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan.

Menurut salah seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, mengatakan harga yang tertera di menu untuk maggi ketam tersebut hanyalah RM15 semangkuk. Namun ketika ingin membuat pembayaran, mereka dikenakan sebanyak RM413 untuk kesemua makanan. Lebih mengejutkan, harga untuk semangkuk maggi ketam tersebut RM50.

BACA: Niat Nak Makan Maggi Tomyam, Tak Sangka RM120 Melayang

Foto: Facebook Kpdnhep Kelantan

“Air minuman dikenakan bayaran RM101, celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, walaupun rasa dianaiya mereka tetap menjelaskan bayaran tersebut sebelum bertindak memuat naik status di laman sosial. Ujarnnya lagi, aduan tersebut mendapat maklum balas positif dan kedai makan itu telah diserbu oleh pihak penguat kuasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

Paniaga tersebut juga memberi alasan bahawa harga ketam tersebut dijual mengikut pasaran semasa dan memberitahu mereka tidak sempat untuk menukar harga di dalam menu.

KPDNHEP memberitahu pihaknya  tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?