Rasanya kalau banyak syarikat buat program seperti ini, mesti ramai yang nekad untuk kuruskan badan. Sebuah syarikat di Guilin, China memperkenalkan program pengurusan badan selama 3 bulan untuk kakitangan mereka. Apa yang menarik ialah setiap kilogram yang berjaya diturunkan akan menerima bayaran sebanyak RM180.

Rata-rata pekerja teruja untuk melibatkan diri dalam cabaran menguruskan badan itu. Menurut salah seorang pekerja dikenali sebagai Meng, dia telah menetapkan penurunan sebanyak 15 kilogram dalam masa 90 hari bermula 11 September lalu.

BACA: Wanita Ini Dedah Rahsia Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan

Sejak program itu dijalankan, Meng telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Itu bermakna dia telah berjaya memperoleh ganjaran sebanyak RM900.

“Saya teruja untuk turunkan berat badan dengan lebih banyak lagi. Saya turut rasa lebih bertenaga daripada sebelum ini.”

Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal melunaskan cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍