Kebanyakkan restoran di dunia gemar mengenakan tema yang pelbagai bagi menarik minat orang ramai untuk datang menjamu selera, tetapi terdapat sebuah restoran di Jepun yang mengenakan tema yang pelik dan mungkin agak kurang sopan bagi menarik pelanggan.

Sebuah restoran bertemakan ‘Peha Wanita’ baru sahaja di buka di Shibuya, Tokyo, Jepun.

BACA: Seluar Ayam Goreng Ada Dijual?

Timbul daripada inspirasi jurugambar terkenal negara itu, Yuria, pelanggan kini dapat menjamu selera sambil mata disajikan dengan gambar-gambar peha wanita.

“Seluruh kafe akan diwarnai dengan dunia peha wanita,” kata penganjur Kafe Worlds of Thighs Photography.

Gambar yang ditayangkan di kafe tersebut hadir daripada koleksi foto Yuria yang pernah terpampang di ruang pameran sebelum ini.

Bagaimanapun, dilaporkan terdapat beberapa gambar yang baru sahaja diambil daripada set penggambaran terbaru yang berlangsung di Guam.

Tidak pasti berapakah harga makanan yang akan dijual di kafe tersebut tetapi berdasarkan maklumat yang didapati di laman sesawang rasmi restoran itu, harga dipaparkan agak berpatutan dengan menu seperti spagheti, loco moco dan kari dijual dengan harga RM38.

Ekoran dijangka bakal menarik ribuan pelanggan, restoran itu hanya akan menerima tempahan awal melalui Hot Pepper.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram